Monday, September 13, 2010
mahaad or mahaadi...
Friday, July 2, 2010
bugisiah-batch 2009.wmv
Monday, December 28, 2009
UNTUKKU DAN DIRIMU
hkan kaum muslimin untuk menundukkan pandangan ketika melihat lawan jantina. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Katakanlah kepada lelaki yang beriman : ”Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS. An Nuur [24]: 30 ) Dalam lanjutan ayat ini, Allah juga berfirman, “Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31) Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat pertama di atas mengatakan, ”Ayat ini merupakan perintah Allah Ta’ala kepada hamba-Nya yang beriman untuk menundukkan pandangan mereka dari hal-hal yang haram. Janganlah mereka melihat kecuali pada apa yang dihalalkan bagi mereka untuk dilihat (iaitu pada isteri dan mahramnya). Hendaklah mereka juga menundukkan pandangan daripada hal-hal yang haram. Jika memang mereka tiba-tiba melihat sesuatu yang haram itu dengan tidak sengaja, maka hendaklah mereka memalingkan pandangannya dengan segera.” Ketika menafsirkan ayat kedua di atas, Ibnu Katsir juga mengatakan, ”Firman Allah (yang ertinya) ‘katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka’ iaitu hendaklah mereka menundukkannya daripada apa yang Allah haramkan dengan melihat kepada orang lain selain suaminya. Oleh kerana itu, kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh seorang wanita melihat lelaki lain (selain suami atau mahramnya, pen) baik dengan syahwat dan tanpa syahwat. … Sebahagian ulama lainnya berpendapat tentang bolehnya melihat lelaki lain dengan tanpa syahwat.” Lalu bagaimana jika kita tidak sengaja memandang lawan jantina? Daripada Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan, “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (HR. Muslim no. 5770) Faedah daripada menundukkan pandangan, sebagaimana difirmankan Allah dalam surat An Nur ayat 30 (yang ertinya) “yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka” iaitu dengan menundukkan pandangan akan lebih membersihkan hati dan lebih menjaga agama orang-orang yang beriman. Inilah yang dikatakan oleh Ibnu Katsir –semoga Allah merahmati beliau- ketika menafsirkan ayat ini. –Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk menundukkan pandangan sehingga hati dan agama kita selalu terjaga kesuciannya- Agama Islam Melarang Berduaan dengan Lawan jantina Dari Ibnu Abbas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kecuali jika bersama mahramnya.” (HR. Bukhari, no. 5233) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga di antara mereka berdua kecuali apabila bersama mahramnya.” (HR. Ahmad no. 15734. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan hadits ini sahih lighairihi) Jabat Tangan dengan Lawan jantina Termasuk yang Dilarang Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap anak Adam telah ditakdirkan bahagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak boleh tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925) Jika kita melihat pada hadits di atas, menyentuh lawan jantina -yang bukan isteri atau mahram- diistilahkan dengan berzina. Hal ini bererti menyentuh lawan jantina adalah perbuatan yang haram kerana berdasarkan kaedah ushul “apabila sesuatu dinamakan dengan sesuatu lain yang haram, maka menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah haram”. (Lihat Taysir Ilmi Ushul Fiqh, Abdullah bin Yusuf Al Juda’i)ini adalah nukilan sahabatku mujahid fillah..
Friday, December 18, 2009
SALAM MAAL HIJRAH 1431H


Thursday, September 24, 2009
SEMOGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
ASALAMUALAIKUM...selamat hari raya maaf zahir dan batin kulluamean waantumbilkhair....oky la,kepada semua yg ambil peperiksaan besar tahun ne semoga berjaya,raya...raya juga,pekse jgn lupe...kpd yg amik spm tahun ne,nak tgk jadualnya kat www.apps2.moe.gov.my/files/Jadual/JadualWaktuSPM2009.pdf....ky...yg pekse laen sory la,xdpt nk cari....oky,semoga berjaya dgn keredhaan ALLAH...habluminallah wahabluninannas...allahua'lam..resepi kejayaan ku berikan...
RESEPI BELAJAR
Bahan-bahannya:
1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan
3. mangkuk kerajinan
4.hiris keinsafan
5.keping kasih sayang
6.Beberapa potong kasih
7.Segenggam harapan
8.1/3 cawan air mata keinsafan
9.Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan
Cara membuatnya:
1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.
Cara menjamahnya:
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.
Selamat menjamah :)
p/s: amalkan ilmu yang kita ada walaupun ianya sedikit terutamanya ilmu agama :)
Friday, September 18, 2009
Remaja berakhlak bersama panji Nabi Yusuf A.S

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu.
Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.
Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.
Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".
Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.
Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan.
Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.
Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan
Friday, August 28, 2009
رمضان كريم
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu, merayu kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati liLlahi Rabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekalian alam]
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih, berqiamullail, bertahajjud,
mengadu, merintih, meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tetapi, aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru, kita cari, suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri, rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan, lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi,
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti, paling berseri
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman,
tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha, bersedia, meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN
RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA
Sunday, August 23, 2009
Friday, August 21, 2009
tahzan a'la bugisiah

Alhamdulillah..ne la mualimin yg menyuluhkn cahaya tanpa rasa penat dan bosan...semoga Allah memnempatkan mereka ditempat yg ENGKAU redhai....ustz Andik Muhammad,ustz Khalid,ustzh Zawiyah & ustzh Khamsah,nenekanda kami..yg lain umi wa abi kami...kerana kamu kami mengenal apa itu kehidupan yg berlandaskan ISLAM...maafkan kami cikgu,doakan kami cikgu,terima kasih cikgu...aku bersyukur kpdMU...utk alumiun sma bugisiah..bntu nziarah la kami di singgahsan bugisiah kerana kami merindui kecemerlangan kamu di luar sana..adik2mu sentiasa memerlukan kamu..guru2mu merindui kamu semu..jom la datang bugis...
Saturday, July 4, 2009
KITA INI SEORANG PEMIMPIN
hari ni sudah tiba masa ku kembali ke pangkuan..sebak di hati bila hndak meninggalkan ibu dan ayah yang bersusah payah mencari rezeki kurniaan ILAHI utk melihat sang nurulainnya berjaya dlm membina insan yg dpt mengawal diri dari lembah kerosakan. Saat ini keberkatan dan kerehdoan ilmu dari mualim menunggu utk dicurahkan kepada yg layak menerimanya....owh,x sangka rupa2nya diriku sudah hampir 4tahun 6bulan berada di bawah naungan ustaz dan ustazah yang x pernah jemu mendidik anak-anak ini walaupun berbagai ragam peranganya.SEMOGA ALLAH MEMBERI BASALAN YG TERBAIK DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMINYARABBALALaMIN..banyak kenangan yg aku hadapi bersama, sama ada yang baik dan buruk,maafkanlah diri sahabatmu ini yang memerlukan tunjuk ajar agar dapat kita bangkit bersama NUR ISLAM....sedetik demi sedetik masa berlalu,hajat bemi hajat diperolehi,ilmu demi ilmu ditimpai,pengajaran demi pengajaran ditempohi..so dengan apa yang diharungi ini, aku akan membuktikan kepada mereka yg anak didikan agama ini boleh berjaya menguasai kemahuan dan kehendak RABBUTIZATI dan RASULLAH dan membangkit dengan era kemodenan yang akan kembalinya bersama ISLAM,doakan aku dan saudara2mu,kerana doa dari seorang saudara akan berbalik kepada diri kita sendiri....sebelum itu aku nk ingatkan kat korg semua,kita ne semua pemimpin yang memimpin diri kita sendiri,so nabi ajar kat kita mcm mne nak jadi pemimpin yg berguna dan mengikut sunnahnya. 1.kita jangan jadi orang yang cakap tak serupa bikin kerana ianya akan mendatangkan kebinasaan dan tiada perpaduan di dalam satu masyarakat itu. 2. Jangan suka bertengkar dann berbantah dalam masalah dan cadangan yg di kemukakan. Bermusyawarahlah dan bermuafakatlah dalam menyelesaikan sesuatu perkara.dan nabi kata juga janganlah membeza-bezakan pandangan terutamanya hal AGAMA. 3.jaga lidah dan jangan sampai besok kita pergi mencari rakan kita utk memohon kemaafan daripadanya.(fikir dahulu apa yang hendak diperkatakan).jangan tinggikan suara kita sesama makhluk kerana manusia mempunyai sifat perlupa.sering ingat mengingati. 4.jangan suke mencela,dalam kehidupan nabi, nabi x pernah mengeraskan lidahnya kepada sesiapa pun walaupun ianya itu anaknya. so kita ingat2kanlah sahabat2 kita walau mereka itu tinggi pangkatnya dari kita.SELAMAT BERJUANG MENCARI KEREDHAAN TUHAN.
Friday, July 3, 2009
renunglah bersama...???


