Monday, December 28, 2009

UNTUKKU DAN DIRIMU

Allah memerintahkan kaum muslimin untuk menundukkan pandangan ketika melihat lawan jantina. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Katakanlah kepada lelaki yang beriman : ”Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS. An Nuur [24]: 30 ) Dalam lanjutan ayat ini, Allah juga berfirman, “Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31) Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat pertama di atas mengatakan, ”Ayat ini merupakan perintah Allah Ta’ala kepada hamba-Nya yang beriman untuk menundukkan pandangan mereka dari hal-hal yang haram. Janganlah mereka melihat kecuali pada apa yang dihalalkan bagi mereka untuk dilihat (iaitu pada isteri dan mahramnya). Hendaklah mereka juga menundukkan pandangan daripada hal-hal yang haram. Jika memang mereka tiba-tiba melihat sesuatu yang haram itu dengan tidak sengaja, maka hendaklah mereka memalingkan pandangannya dengan segera.” Ketika menafsirkan ayat kedua di atas, Ibnu Katsir juga mengatakan, ”Firman Allah (yang ertinya) ‘katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka’ iaitu hendaklah mereka menundukkannya daripada apa yang Allah haramkan dengan melihat kepada orang lain selain suaminya. Oleh kerana itu, kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh seorang wanita melihat lelaki lain (selain suami atau mahramnya, pen) baik dengan syahwat dan tanpa syahwat. … Sebahagian ulama lainnya berpendapat tentang bolehnya melihat lelaki lain dengan tanpa syahwat.” Lalu bagaimana jika kita tidak sengaja memandang lawan jantina? Daripada Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan, “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (HR. Muslim no. 5770) Faedah daripada menundukkan pandangan, sebagaimana difirmankan Allah dalam surat An Nur ayat 30 (yang ertinya) “yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka” iaitu dengan menundukkan pandangan akan lebih membersihkan hati dan lebih menjaga agama orang-orang yang beriman. Inilah yang dikatakan oleh Ibnu Katsir –semoga Allah merahmati beliau- ketika menafsirkan ayat ini. –Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk menundukkan pandangan sehingga hati dan agama kita selalu terjaga kesuciannya- Agama Islam Melarang Berduaan dengan Lawan jantina Dari Ibnu Abbas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kecuali jika bersama mahramnya.” (HR. Bukhari, no. 5233) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga di antara mereka berdua kecuali apabila bersama mahramnya.” (HR. Ahmad no. 15734. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan hadits ini sahih lighairihi) Jabat Tangan dengan Lawan jantina Termasuk yang Dilarang Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap anak Adam telah ditakdirkan bahagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak boleh tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925) Jika kita melihat pada hadits di atas, menyentuh lawan jantina -yang bukan isteri atau mahram- diistilahkan dengan berzina. Hal ini bererti menyentuh lawan jantina adalah perbuatan yang haram kerana berdasarkan kaedah ushul “apabila sesuatu dinamakan dengan sesuatu lain yang haram, maka menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah haram”. (Lihat Taysir Ilmi Ushul Fiqh, Abdullah bin Yusuf Al Juda’i)
ini adalah nukilan sahabatku mujahid fillah..

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Dah lama aq tak buka blog aq...ermmm...bezy katakan...aq baru habis berjuang spm,ada la dalam 2 3 hari yang lepas...skrg ne tgh dok pikir nk msok maahad johor or nk troskan bidang lainnn...pejam celik,dah msuk tahun baru...tapi dh berubah ke kita punya sahsiah...ermm,what ever la...kat sne aq just nak sesama kita muhasabah diri kita sendiri...Allah swt selalu mengingati hamba2nya,tapi kita lupa aknNya,Allah swt selalu turunkan rezeki dan nikmatNya kpd kita,tp kita tak pernah nak bersyukur kpdNya,malahan kita mengeluh atas pemberianNya,Allah swt MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG,tapi kita tidak langsung menyayangi diri kita,kita jebakkan diri kita ke lembah maksiat,padahal kita tahu yg peritnya AZAB SEKSAAN API NERAKA itu..Nabi Muhammad saw sebelum baginda wafat,baginda mengingatkan kita...umati,umati,umati...solah,solah,solah...tapi kita leka akan semua itu,kita tinggalkan solat dgn mudah,kita lebih mengutamakan hal duniawi drpd ukhrawi,kita menggaku kita ini seorang ISLAM,tapi siapa sebenarnya kita ne??kita senang2 je robohkan tiang agama...siapa yg hendak mendirikannya??Adakah org kristian,buddha,yahudi atau ISLAM yg harus mengegakkannya????itu baru ckp tentang mendirikan solat,belum lagi tentang solat berjamaah di masjid...siapa pulak yg nak memakmurkan rumah Allah itu??dalam hadis Rasullah saw,baginda bersabda"ada beberapa perkara yg akan berlaku di akhir zaman,antaranya berdiri masjid yg tinggi,besar dan cantik hiasannya tetapi tiada manusia yg memakmurkannya...waallua'lam..sama la mcm zaman skrg ne,masjid2nya subhannallah,hebat2....tetapi yg menyedihkannya tiada yg memakmurkannya...bila solat jemaah ditunaikan,masaallah..seshaf je,kdg2 sampai ada masjid hanya yg solat jemaahnya cuma sekadar imam dan bilal sahaja....mana perginya kita???tapi bila masa ada majlis tahlil atau maudil...subhanallah,ramai...ermm,tak tahu la apa kita ne???banyak lagi yg aq nk katakan tapi tak pe la,maaf ye...Allah lebih menyukai hambaNya yg banyak melakukan daripada banyak berkata-kata......sedarlah saudara2 ku seagama,BANGKITLAH DARI KELALAIANMU!!!!TAKKAN BILA SUDAH TIBANYA HARI PENGHITUNGAN DI PADANG MASYHAR BARU KITA MENJERIT-JERIT MEMINTA PERTOLONGAN DARI PADA ALLAH SWT...DI SANA PINTU PERMOHONAN SUDAH DITUTUP..HANYA PINTU SYURGA DAN PINTU NERAKA YG DIBUKA SELUAS-LUASNYa....